Wednesday, November 2, 2011

Al-Ma'thurat

Mode: Penuhi hari-harimu dengan Zikrullah~



Allah SWT berfirman yg bermaksud: "Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau tergolong daripada orang yang lalai."                  [Surah al-A'raf: 205]

Rasulullah SAW sentiasa berzikir dan berdoa. Antara waktu yang paling kerap Rasulullah SAW berzikir dan berdoa ialah pada waktu pagi dan petang.

Kelebihan Mengamalkan Al-Ma'turat:
> Terpelihara daripada gangguan syaitan dari pagi hingga petang dan dari petang hingga pagi berikutnya
> Terpelihara daripada bahaya dan perkara-perkara yang tidak diingini
> Segera mendapat apa yang dicita-citanya
> Pahala seperti membaca sebahagian besar al-Quran
> Keperluannya dicukupkan oleh Allah
> Layak mendapat syafaat pada hari kiamat
> Sering mendapat kelebihan yang tersendiri
> Memberi ketenangan dalam jiwa
> Mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT
> Membina kekuatan dalaman dan semangat yang tinggi dalam melakukan setiap perkara


Jika merasakan jiwa kosong tidak terisi, hilang punca, merasa seolah-olah jauh daripada Yang Maha Esa, membaca zikir al-Ma'thurat boleh menjadi solusi dalam menyelesaikan segala kekusutan.

Etika berzikir:
1) Khusyuk
2) Memelihara suara
3) Merendah diri
4) Bersih pakaian & tempat
5) Seiring dengan jemaah (jika berjemaah)

Cariklah buku zikir nieh.....kat kedai2 buku, banyak! mcm2 size ader...x de lah mahal mana....serendah RM2 da dapat! mahal ker RM 2 tuh? bak kater Ustaz Azhar masa dia suruh org beli kitab anak kunci syurga yg berharga RM 4 plus2, "RM 4, maha nok beli kitab, tp myyi hok harge 40 ribu lebih, mapu plop nk beli.....pahni pakat2 buat loan blake lah wak beli kitab nieh deh! maha nieh..." ~

& x lama pOwn nk spend time habiskan zikir nieh..goes around 15 minutes only! klu sibuk sgt pagi2 tuh, donload kat sini lah...dgr time wat keje...insyaAllah, hati kiter akan turut sekali berzikir...even kiter tgh wat keje....link nieh utk bacaan waktu pagi.....yg petang punyer, tgk lahh buku....da balik dr opis, spend time sikit utk zikrullah yer....

~thanks to Dearly sis yg selalu m'igtkan! ayat dia bila aku menampakkan rasa x sabar & marah2.."dah brp lamo x baco ma'thurat nieh?"


Sekian, renung2 kan dan selamat beramal!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...