Wednesday, December 21, 2011

Api & kesakitan

Mode: Adakah sesiapa yg tidak berasa sakit/panas  apabila terkena api?

Syaitan/Iblis itu sendiri dijadikan dari api.....tetapi, syaitan2 laknatullah ini tetap akan merasakan kesakitan apabila dihumban ke dalam api neraka kelak......
Pelik bukan? Persoalan yg mungkin bermain di minda....bukankah mereka itu sifat'y adalah daripada api....akan terasakah kesakitan apabila mereka dicampakkan ke dalam api neraka yg juga merupakan sifat mereka?

Realiti yg sering kita lupa....
Manusia dijadikan daripada tanah....oleh itu, tidakkah kita merasa sakit jika kita dicampakkan ke atas tanah?

Mentaliti yg perlu kita perbetulkan.....
Sungguhpun kita dari sumber yg sama....namun, kesakitan itu tetap akan terasa....ia'y seperti menampar pipi dengan tangan, yang mana pipi adalah kulit & tangan adalah kulit! TETAP merasa kesakitannya bukan?

Begitulah kebesaran Allah SWT yg Maha Mengetahui....
Diciptakan iblis/syaitan/jin dari api...& kelak, ke dalam api juga mereka akan dikembalikan...

Begitu juga dgn kita, sebagai manusia yang dijadikan daripada tanah, kembalilah kita kepada asal kita, yakni tanah setelah kita mendiami alam barzakh.....& jgnlah kita juga dicampakkan ke dalam api neraka.....kerana itu bukan tempat kita......tempat kita di dalam syurga....yg mana di situ ada tanah yg kita bleh b'cucuk tanam....di situ tumbuh'y pohon2 syurga yg keenakan buah'y tidak pernah kita rasai di bumi ini...di situ, ada sungai yg air'y senantiasa mengalir.....di situ sepatut'y kita duduk....di situlah tempat kita......& patuhilah janji kita semasa di Loh Mahfuz.....sebelum kita mendiami rahim ibu kita....janji kita utk taat setia akan segala perintah Allah SWT....

Sesungguh'y, api neraka itu sgt panas....jika seorang penghuni neraka itu dikeluarkan, & dibakar dengan api dunia, nescaya dia akan berkata bahawa "sejuk'y api dunia ini"....sedangkan realiti'y, "bolehkah api itu menyejukkan kita?"


Allah hu Robbi....kembalilah kepada Allah....dlm keadaan apa sekali pun.....kerana Allah itu sifatnya Maha Pengampun...& Maha Penyayang!....subhanallah~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...