Monday, December 26, 2011

Lelaki & Solat berjemaah

Mode: Dah bg 27, tp bakpe mung jd bodo ngat pilih 1?.....

Jom layan video best sat! ambe nk kongsi kesedaran sket.....


Abu Hurairah berkata: Seorang lelaki buta (Ibn Ummi Maktum) telah datang kepada nabi lalu berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mempunyai orang yang akan memimpinku ke masjid. Lelaki itu meminta Rasulullah memberi keringanan kepadanya supaya dia boleh melakukan solat di rumahnya. Maka baginda memberikan keringanan. Ketika lelaki buta itu mahu beredar pulang, nabi memanggilnya dan berkata: Apakah kamu mendengar azan? Lelaki itu menjawab" Ya. Jawab baginda :saw: Maka wajib kamu pergi solat jemaah di masjid.


Abdullah Ibn Makhtum menceritakan bahawa nabi datang ke masjid dan melihat sedikitnya jemaah. lalu baginda bersabda: Aku hampir-hampir mahu menyuruh seseorang menjadi imam solat kepada manusia, kemudian aku keluar dan membakar rumah-rumah orang yang solat di rumahnya. Lalu Ibn Makhtum bertanya: Ya Rasulullan, sesungguhnya di antara rumahku dan masjid terdapat pokok-pokok kurma dan pokok-pokok lain. Aku tidak mempunyai orang yang boleh memimpinku ke masjid sepanjang masa. Apakah boleh aku mendirikan solat di rumahku. Nabi bertanya: Apakah engkau mendengar Iqamah? Jawab beliau: Ya. Maka nabi bersabda: Maka hendaklah engkau datang ke masjid.
[Musnad Ahmad,Musnad al-Makkiyyin, Hadis 'Amru Bin Ummi Maktum :ra, hadis no: 15064]

Ibn Ummi Maktum berkata kepada nabi :saw: Ya Rasulullah, sesungguhnya di Madinah terdapat banyak binatang buas dan berbahaya. Maka nabi bertanya: Apakah kamu mendengar seruan 'Hayya 'Alas Solah, Hayya 'Alal Falah'. Jika ya, maka penuhi panggilan itu.
[Sunan Abi Daud,Kitab Solat, Bab Dipersempitnya Alasan Untuk Meninggalkan Jemaah, hadis no: 465] 

psst: ehem, aku nk lelaki yg menjadi khalifah aku nanti, rajin bersembahyang di masjid, kerana isteri'y akan peroleh pahala sama dgn pahala berjemaah sekiranya suaminya bersembahyang di masjid *mode: verangan dpt khalifah begini....tp aku juga sedar diri...belum cukup sempurna & belum cukup baik utk mendapat kurniaan sebegitu....oleh itu, chaiyaok2x! aja2 fighting*
wanita yg baik, utk lelaki yg baik.....Allah itu Maha Adil! mampukah aku? =__+


::: Sumber tazkirah: Portal Masjid Negara :::


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...